Menjalankan perniagaan SME ni selalunya kita akan bersama dengan komuniti sekeliling. Contoh macam jual nasi ayam COD, kita akan COD area berdekatan. Begitu jualah MBH 
Seperti yang lain, kita mesti akan berfikir macam mana hidup kita akan datang? I mean “masa depan” masing-masing
Kerja yang kita buat sekarang, sampai berapa lama kita boleh kerja? Nak makan apa ya lepas ni? Nak bayar duit eletrik, duit air, kereta…rumah lagi… Cukup ke untuk bulan ni? Bulan depan macam mana pulak ye?
And same goes to team MBH, kami sentiasa berfikir tentang survival team MBH. Our therapists, beauticians & beauty consultants…. Okey ke semua nya? Actually, whatsapp group sentiasa menjadi penghubung. Mereka pun rindu nak jumpa customer kesayangan masing-masing, rindu nak continue facial & treatment…
. ada jugak yang risau dengan result regular customer…
& to be honest sedih, sebak, sayu bila dengar curahat dari “anak-anak” MBH.
Jadi, untuk kelansungan mereka, kami perlukan sedikit sokongan ikhlas dari #mbhlovers, tak lupa juga komuniti diluar sana